Blogger Layouts

Sunday, April 3, 2011

berenang baik untuk kesihatan..tak percaya..??

mai sini...mai sini...
ni, ceq nak cerita kat hampa ni...
hampa taw dak, berenang tu punyalah banyak kebaikannya..
uishh, rugi la hampa tak blajaq dulu masa muda2...
la ni da tuo, tulang dah keghas da...

ni, ceq nak kasi taw kat hampa manfaat yang kita dapat dari berenang...
  • membentuk otot
    • masa kita duk berenang tang sini tang sana, sebenaqnya seluruh badan kita ni bergerak..masa kita bergerak tu, kita keluaq kan tenaga untuk melawan massa air sebab tu la boleh terbentuk otot2 tegap tu..
  • meningkatkan fungsi jantung dan paru2
    • sapa yang dok ada sakit jantung tu, elok la p blajaq berenang noe..masa kita dok tendang aiyaq dan gerak ke depan menggunakan tangan dan kaki, masa tu la aliran darah kita ni lancaq je terus ke jantung, pembuluh darah dan paru2.
  • melatih pernafasan
    • hampa yang ada asma tu patut la p berenang..hampa taw dak berenang dapat membantu sistem kardiovaskular dan tolong hampa punya pernafasan lebih lancaq
  • membakaq kalori
    • ceq taw hok ni ramai gadis2 suka.. anak2 dara la ni suka sangat nak diet.. tak payah diet sangat,.. hampa p berenang dengan kawan2.. dengan berenang hampa guna banyak tenaga secara tak langsung daj bakaq 24% kalori hok bersawang dalam badan tu..
  • keselamatan diri
    • hok ni nanti senang la hampa nak selamatkan diri kalau ada berlaku perkara hok tak eloq..
  • hilangkan tekanan
    • hok ni sesuai la untuk student ka, untuk orang bekerja hok stress banyak kerja.  gerakan renang yang santai dapat membantu meningkatkan hormon endorfin dalam otak..

jadi pasni rajin2 la p berenang dengan marka ka, dengan keluarga ka..
ceq berhenti sini dulu noe..
ceq nak p beli baju renang sat...
tatatititutu..!!!!!


yang mana kren skali ni,..




Saturday, March 19, 2011

kekasih biasa vs kekasih sejati

hari ni aku nak kongsi dengan korang beza antara kekasih biasa(KB) dengan kekasih sejati(KS)...

KB  : selalu ingat senyum pada wajah korang
KS  : selalu ingat senyum dan tangis pada wajah korang

KB  : akan membawa makanan yang enak2
KS  : akan menyediakan makanan yang korang suka

KB  : sentiasa mendoakan kebahagiaan korang
KS  : selalu berusaha memberi korang kebahagiaan

KB  : tak suka korang call/sms ketika dia tengah tidur
KS  : tak kisah bila2 masa, asalkan korang hubungan dia

KB  : mengharapkan korang berubah demi dia
KS  : dia sanggup berubah demi korang

KB  : selalu tanya kenapa korang selalu buat dia sedih
KS  : selalu bertanya pada diri sendiri apa yang membuat korang sedih

KB  : selalu memikirkan sebab perpisahan
KS  : tidak sanggup berpisah dengan korang

KB  : melihat semua yang telah dia korbankan untuk korang
KS  : melihat semua yang telah korang korbankan untuk dia

KB  : selalu menyatakan kamu lah diimpikan selama ini
KS  : akan sentiasa berhati2 dalam janji kerana tak nak korang kecewa

KB  : ingin korang di samping menemani dia selamanya
KS  : sentiasa mengharapkan dapat mendampingi korang

untuk yang dah berkahwin je ye

di sini dulu,....tadaaaa!!!

dunia tua

lama tak menulis ....
hari ni aku datang dengan entry pasal tsunami JAPAN...

serius teruk + dahsyat la bencana yang Allah turun kan...
hari ni di bumi orang entah esok lusa di bumi kita ni pula.... tak mustahil kan..???

hari ni Allah uji mereka ....
sedang kita leka bila-bila masa je Allah uji kita lak,.
mungkin bentuk ujiannya tak sama ....
boleh jadi kurang dahsyat ataupun boleh jadi juga lebih dasyat dari apa yang kita sangka...

bencana demi bencana yang Allah turunkan menunjukkan betapa dunia kita ni da tua...
dunia da tak mampu nak layan semua kerenah manusia yang bermacam2 ragam atas muka bumi ni,..

ada yang perangai macam ni,...ada perangai macam tu.....
tengok je la hal ehwal politik kita sekarang ni....tettt!!!! tak boleh nak komen banyak pasal politik ni nanti kena gam pula.... hakhak

sebagai penutup dari aku, kepada warga tua....
sama2 lah awasi dan menasihati anak2 muda supaya menjaga dunia yang sudah mencecah umur warga emas....hikhik
dan kepada yang muda...bersama lah kita menjaga dunia yang dah nazak lagi tenat ini...
dengan usaha sama kita, mungkin tak banyak kesannya pada bumi tapi biar sikit dari takde langsung kan,...

till then,....tadaaa..!!!

Sunday, February 6, 2011

terima kasih

salam...
aku saja2 la nak bukak blog maghrib ni..tiba2 tengok de follower da...walaupun tak ramai tapi aku nak gak poyo jap.. tak sangka la sekejap aku tinggalkann blog ni, boleh juga ada followers nye... apa2 pun terima kasih la kalian (berdua) yang sudi follow aku...

sekarang da maghrib.. mari la kita menuju ke jalan yang benar.. bukan jalan hitam ...  choww..

Saturday, February 5, 2011

salam dunia baru

assalamualaikum...

aku baru je beberapa saat buat blog ni dan terus mengepos d sini.. aku lah blogger baru yang akn menggemparkan dunia bloggie ni... hahaha... poyo..


tiba2 lak rasa nak join gak dunia bloggie nie,.. nak gak merasai apa yang best sangat.. orang kata kalau da start ada blog akan jadi ketagih.. meh aku nak try sekali.. kalau korang rasa blog aku ni best (best ker) korang follow la.. soryy la aku guna "aku"..tapi aku selesa..kalau korang tak selesa, korang baca la dengan "saya"..k..??? setuju kan ..?? orite!!!